速報APP / 娛樂 / Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri

價格:免費

更新日期:2019-06-11

檔案大小:12M

目前版本:1.2

版本需求:Android 4.0.3 以上版本

官方網站:mailto:nancy.mobileapps@gmail.com

Email:http://www.appsborneo.com/privacy/Selamat%20Hari%20Raya%20Aidilfitri.html

Selamat Hari Raya Aidilfitri(圖1)-速報App

Gemersik takbir mengundang hiba,

Salam diutus tanda ingatan,

Syawal dinanti menjelang tiba,

Selamat Hari Raya Aidilfitri(圖2)-速報App

Salam diutus pohon kemaafan.

Setelah sebulan berpuasa dalam bulan Ramadan, Syawal kini tiba dan Aidilfitri dirayakan. Hari Raya kemenangan kini dirayakan.

Suatu masa dahulu, kad raya sangat dinantikan setiap kali menjelang Hari Raya atau perayaan-perayaan lain. Kunjungan posmen dengan membawa kiriman kad ucapan atau bungkusan hadiah sangatlah bermakna bagi sang penerima.

Selamat Hari Raya Aidilfitri(圖3)-速報App

Kini, nostalgia itu digantikan dengan kad ucapan yang disampaikan secara online, iaitu melalui telefon bimbit dan media sosial. Walau bagaimanapun, saling berbalas-balas ucapan dan pantun Aidilfitri di kalangan teman dan ahli keluarga semakin hangat kerana ucapan dan pantun dapat dikirim dan diterima dengan serta-merta.

Oleh itu, kami menyajikan anda aplikasi ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Koleksi ucapan dan salam Aidilfitri ini mengandungi kad-kad ucapan yang ringkas namun menitip mesej dan pesanan yang sangat bermakna. Kala berjauhan, koleksi ucapan ini sesuai menjadi pengganti diri ahli keluarga, rakan taulan dan sahabat di mana jua berada.

Semoga koleksi ucapan dalam aplikasi Selamat Hari Raya Aidilfitri ini dapat menyampaikan isi hati sebagai pengganti diri memohon kemaafan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri(圖4)-速報App

Selamat Hari Raya Aidilfitri, mohon dimaafkan zahir dan batin.

Semoga kita semua sentiasa dalam peliharaan Allah.

Penafian:

Selamat Hari Raya Aidilfitri(圖5)-速報App

Semua maklumat, imej, gambar dan bahan berkaitan dalam aplikasi ini dikumpul dari internet untuk tujuan mengukuhkan silaturahim melalui komunikasi, sebagai rujukan, hiburan, dan perkongsian pengetahuan. Kredit kepada semua pemilik asal dan sumber maklumat.

Selamat Hari Raya Aidilfitri(圖6)-速報App